Search This Blog
DEMI MASA


Labels
- Berita GPE (1)
- Palestin (1)
- Suara GPE (2)
- Ulasan GPE (1)
Blog Archive
-
►
2008
(16)
- ► 10/19 - 10/26 (1)
- ► 11/30 - 12/07 (6)
- ► 12/07 - 12/14 (4)
- ► 12/14 - 12/21 (1)
- ► 12/21 - 12/28 (2)
-
▼
2009
(18)
- ► 02/01 - 02/08 (2)
- ► 03/22 - 03/29 (1)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 04/05 - 04/12 (4)
29 Mei 2009
16 Mei 2009
PAS DAN DAP TIDAK BOLEH TERIMA HAKIKAT- MUFTI PERAK
RINGKASAN TEMUBUAL EKSKLUSIF MAJALAH MILENIA MUSLIM MEI INI.
Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka (UMNO) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali keapda UMNO!
Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir!
Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!
Petikan dari salah satu wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei!
sumber http://www.gerakan-anti-pkr.com/
7 Apr 2009
6 Apr 2009
4 Apr 2009
KENAPA NAMA NIZAR TIDAK TERSENARAI DI BEM?
Beberapa blogger daripada kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) telah membangkitkan isu terkini tentang kesahihan gelaran IR yang digunakan oleh Nizar Jamaluddin. Ini berikutan salah seorang penghantar komen ke Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dan mempertikaikan gelaran IR Nizar, kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai rasmi Board Of Engineers Malaysia (BEM).
IKRAR DATUK SERI NAJIB
Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untuk nasib rakyat.
Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat : Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air.
p/s : Kami doakan DS Najib sentiasa dalam bimbingan dan rahmat Allah...
3 Apr 2009
NIZAR KATA NEGARA ISLAM BUKAN PERJUANGAN PAS
p/s : Dengar, teliti, fikir dan buat keputusan...
KRONI DAP DAPAT HAKMILIK KEKAL 999 TAHUN!- DENGAR DAN TENGOK SENDIRI!
p/s : Sekarang kita kenal, siapa itu Nizar sebenarnya. Kasihan sungguh melihat sikap Nizar. Belum pernah ada pemimpin Melayu, malah dari parti PAS yang sangat hipokrit seperti lelaki ini...mudah-mudahan Nizar tewas di Bukit Gantang!
29 Mac 2009
CARIK-CARIK SI BULU AYAM...

Alhamdulillah, kami panjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah swt, Pemerintah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Akhirnya, perhimpunan Agung UMNO ke 59 ini, menyaksikan satu lagi sejarah, di mana kehadiran Tun Mahathir, bersama isterinya Tun Siti Hasmah yang menyemarakkan lagi semangat perjuangan ahli-ahli UMNO untuk terus bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
28 Mac 2009
TAHNIAH!
18 Mac 2009
SATU KEJUTAN
6 Feb 2009
APAKAH PAS BERJUANG DEMI ISLAM, PARTI ATAU KUASA?
Isu terbaru perkembangan politik di Perak, cukup hangat. Kira-kira dua minggu yang lepas, penulis dikutuk oleh seorang ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mengajak penulis menyertai partinya dan keluar dari UMNO.
Katanya, "ADUN UMNO pun dah masuk PKR," katanya merujuk kepada Datuk Nasaruddin, ADUN Bota yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR.
Begitulah sekiranya ALLAH mengkehendaki untuk menguji hamba-hamba-Nya. Dulu Allah menguji dan menyedarkan hamba-hamba-Nya yang berjuang di dalam UMNO dengan tsunami politik yang mengakibatkan kehilangan kuasa di lima buah negeri, dan kali ini, Allah menguji pula hamba-hamba-Nya yang bergerak di dalam PR dengan mencabut kekuasaan mereka hanya di sebuah negeri.
Namun, perkara itu tidak dapat diterima oleh sebahagian daripada penyokong PR, malah MB Perak sendiri. Biarpun Sultan sudah mengarahkan beliau meletakkan jawatan, namun beliau berdegil dan memohon sembah derhaka untuk terus memegang jawatan tersebut, dan tidak menghiraukan perintah Sultan.
Namun, undang-undang tetap undang-undang. Akhirnya, secara sah, kerajaan Perak akhirnya jatuh ke tangan BN semula.
Malangnya, penyokong PR, terutama di kalangan ahli PAS, tidak dapat menerima perkara tersebut. Mereka membantah dengan mencaci maki Sultan, menghina Sultan, mengadakan demostrasi di hadapan masjid Ubudiah tanpa ada rasa hormat, malah bertindak kurang ajar dengan menahan kereta Istana ketika majlis upacara angkat sumpah MB baru akan diadakan.
Inikah sikap seseorang yang menggelarkan diri mereka itu pejuang Islam? Mereka sanggup mencaci maki, menghamun dan menghina seorang khalifah mereka sendiri, hanya kerana mahukan kuasa. Apakah dasar matlamat perjuangan mereka? Islam atau pun kuasa?
Bukankah Islam mengajar, selagi pemimpin kita beragama Islam, selagi dia tidak menyuruh kita melakukan perbuatan syirik kepada Allah, dan menghalang kita daripada beribadah kepada Allah, maka pemimpin itu harus kita taati.
Dulu, ketika kecelaruan yang melanda Terengganu yang melibatkan Sultan dalam krisis MB Terengganu, akhbar Harakah heboh mengatakan bahawa UMNO menderhaka pada Sultan dan membesarkan-besarkan isu sepanduk yang menghina Sultan dengan meletakkan ia sebagai gambar front page.
Apa yang berlaku hari ini, tepat sekali dengan pepatah melayu yang berbunyi, Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang lebih!
Jika ada sesetengah ahli PR, terutama ahli dan pemimpin PAS yang mengatakan bahawa kita perlukan kuasa untuk menegakkan Islam, maka di sini, penulis paparkan tulisan Syeikh Abul Hassan Ali An Nadhwi, seorang ulama tersohor yang berdakwah bukan hanya di kalangan rakyat biasa, tetapi turut berdakwah kepada pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia.

Kata al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin:
Wahai ikhwan Muslimin yang mulia!
Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain.
Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan.
Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya….istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera.
Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan ALLAH. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.
Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada ALLAH. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.
Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya….”
Katanya juga: “Wahai tuan-tuan!
Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya.
Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.
Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah.
Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin ALLAH- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.
Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah ALLAH dan kemenangan pada Hari Akhirat.
Juga kerana apa yang ALLAH sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.
Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah.
Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain.
Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha ALLAH, kesemuanya pada jalan ALLAH. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH. (rujukan: al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi
Wallahua'lam
sumber http://fakhrumobile.blogspot.com
GPE : Jadi jelas, daripada penjelasan Syeikh Abul Hasan Ali An Nadhwi, matlamat dan perjuangan dakwah menegakkan Islam, perlu mengikut landasan yang betul seperti mana yang digariskan oleh Islam, di dalam apa juga lapangan, termasuklah politik.
Bersikap asyobiyah, melampau-melampau dalam sesuatu, mengagung-agungkan pendapat sendiri ataupun pemimpin dan mengutuk serta menghina pendapat orang lain, memandang orang lain tidak beriman dan kafir, serta mengambil alih tugas Tuhan dalam menjatuhkan hukuman terhadap manusia ketika di dunia seperti menuduh orang yang tidak sependapat dengan mereka dengan gelaran munafik, kafir ataupun ahli neraka, bukankah termasuk di dalam sifat-sifat yang tercela bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam.
Jadi, apakah ahli-ahli PAS, benar-benar mempunyai ciri-ciri pejuang Islam, ataupun hanyalah sekadar pejuang sebuah parti yang menggunakan agama sebagai daya penarik untuk mendapat sedikit undi? Ingatlah! Jangan sesekali kita menjual agama Allah, untuk kepentingan dan keuntungan dunia yang sedikit!
4 Feb 2009
BN BENTUK KERAJAAN DI NEGERI PERAK
PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari pakatan.
Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.
Dari empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.
Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.
Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.
"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.
"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.
Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.
"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.
Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.
Komen ADUN
Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.
"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.
"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.
"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.
sumber Mstar
GPE : Inilah peluang untuk ADUN BN untuk bekerja dan memberi khidmat kepada rakyat. Jadikan sejarah itu sebagai tauladan dan pedoman...
Read More »»31 Jan 2009
SURAT TERBUKA KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
Datuk Seri,
Saya turut berpendapat bahawa kekalahan Barisan Nasional dan UMNO di Kuala Terengganu bukan salah Datuk Seri Najib. Rakyat tidak menolak UMNO, malah majoriti rakyat masih dan akan terus sayangkan UMNO.
Mereka juga akan terus menyokong UMNO dan mereka ini terdiri dari golongan rakyat marhein yang tiada punya jawatan ataupun menyertai mana-mana demonstrasi atau aktiviti politik dan persatuan.
Soal pembangkang kuat ataupun rakyat menolak BN tidak wujud langsung kerana majoriti rakyat sudah bersuara dan memilih kerajaan yang mereka kehendaki pada PRU 12. Golongan minoriti memang sukar dan tidak akan menerima suara majoriti, ini adalah hakikat kehidupan.
Kekalahan UMNO di dua pilihanraya kecil bukanlah penolakan rakyat terhadap pemimpin pusat. Ini kerana, Pilihanraya Kecil hanya satu kerusi jika dari 222 kerusi parlimen. Jangan termakan dakyah Rampasan Kuasa melalui aktiviti melompat Parti.
Orang berpelajaran dan berakal pasti tahu ia mustahil dilaksanakan. Jika 100 orang ingin melompat parti sekalipun untuk membentuk kerajaan baru, Perdana Menteri akan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atas alasan ini bukan suara rakyat sebelum sempat urusan melompat parti selesai.
Waktu itu, PRU 13 akan diadakan dan BN akan terus menang untuk memerintah Malaysia. Malah, jika mereka merancang untuk membuat kekecohan sewaktu peralihan kuasa dalam UMNO Mac 2009 ini, jangan lupa Perdana Menteri juga berhak untuk mengisytiharkan darurat dan seterusnya tentera akan mengambil alih sehingga rakyat selesai memilih kerajaan sekali lagi.
Oleh itu rampasan kuasa melalui lompat parti tidak lain dan tidak bukan hanyalah retorik politik dan satu tindakan membodohkan rakyat oleh pemimpin yang pandai dan yang bodoh.
Datuk Seri,
Penjelasan di atas adalah untuk rakyat supaya Datuk Seri dapat terus fokus pada apa yang akan Datuk Seri lakukan selepas menjadi Perdana Menteri Marc ini. Penolakan rakyat marhein terhadap UMNO di pilihanraya kecil adalah penolakan rakyat terhadap pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan dan bukan seperti dakwaan pembangkang yang rakyat menolak BN dan pemimpin pusat.
Rakyat tidak perlukan pemimpin pusat untuk mengetahui masalah mereka, Kuala Terengganu terlalu jauh dari Putrajaya. Rakyat mahu pemimpin tempatan mengambil berat, mesra dan mahu menolong atau sekurang-kurangnya mendengar rintihan hati mereka.
UMNO Bahagian dan Cawangan kini penuh dengan pergolakan kuasa, perpecahan, berpuak-puak dan ramai pemimpin di peringkat ini yang lebih sanggup melihat UMNO hancur dari melepaskan kuasa.
Mereka tidak langsung cuba untuk memulihkan UMNO Bahagian dan Cawangan mereka atau sekurang-kurangnya cuba bertindak adil terhadap ahli UMNO dan mendengar suara rakyat tempatan. Mereka ini terus angkuh, terus berusaha berbalah sesama mereka malah ada yang sanggup menyokong calon pembangkang asalkan seteru mereka dalam UMNO kalah.
Lebih dari itu Ketua UMNO dan Cawangan juga adalah individu yang kaya-raya, sombong, terlibat dalam kegiatan gangsterisme, menggunakan konsep suka hati bapak aku dan konsep ini bukan bapak kau punya jalan dan banyak lagi.
Ahli Jawatakuasa UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan juga gemar menjadi broker tanah, peneroka tanah untuk kepentingan sendiri dan di Lembah Klang, banyak tanah kosong yang diambil dan dibangunkan menjadi Pusat Perdagagan UMNO Bahagian, Pusat Aktiviti UMNO Cawangan dan sebagainya yang menyewakan premis perniagaan.
Ini adalah satu perkembangan sihat untuk ekonomi, malangnya, ahli biasa UMNO Bahagian dan Cawangan tersebut apatah lagi rakyat tempatan tidak pernah melihat penyata kewangan untuk kutipan sewa yang tinggi iaitu antara RM600-RM2500 satu premis untuk sebulan.
Yang rakyat tempatan nampak ialah Ketua dan AJK Bahagian dan Cawangan menukar kereta mewah dan golongan ini mula menjadi golongan korporat yang sombong, sukar hendak berjumpa, meninggi diri dan banyak lagi perkara yang menjelikkan rakyat.
Datuk Seri,
Saya ulangi sekali lagi, golongan pengundi atas pagar dan golongan pengundi tegar UMNO/BN banyak yang mengundi pembangkang kerana tidak tahan dengan korupsi dan gangsterisme serta kesombongan pemimpin tempatan UMNO.
Pada PRU 12 lepas, selepas mengalami kekalahan temasuk kalah di banyak Negeri, ramai menggesa Presiden UMNO dan pemimpin UMNO Pusat bertanggunjawab dan meletak jawatan, tetapi mereka bukanlah punca utama rakyat menolak UMNO.
Punca utama kami menolak UMNO ialah kerana kami tidak pernah berjumpa dengan pemimpin tempatan samada Bahagian atau Cawangann, samada Ketua atau AJK, samada siang atau malam kecuali pada minggu terakhir kempen pilihanraya. Itupun yang kami dapat ialah topi dan t-shirt.
Masalah kami tetap sama, dan masalah kami ialah tiada tempat untuk mengadu. Mahu mengadu pada pemimpin pusat jauh, pemimpin Negeri sibuk, yang kami harapkan pemimpin tempatan.
Sepatutnya, setiap Bahagian yang kalah, Ketua mereka patut meletak jawatan untuk bertanggunjawab atas kekalahan di Bahagian mereka. Manakala, setiap Cawangan yang kawasan mereka kalah dalam pilihanraya dilucutkan sementara jawatan Ketua mereka.
Ini jelas menunjukkan rakyat peringkat Cawangan menolak Ketua Cawangan tersebut. Bagi Bahagian yang kalah tetapi Cawangan menang, jadikan Ketua Cawangan yang menang ini calon utama untuk merebut jawatan Ketua Bahagian tersebut.
Datu Seri,
UMNO perlukan pemulihan serius. Akar pokok UMNO tidak salah. Akar ini telah memberi bekalan yang cukup pada setiap dahan untuk hidup dan menyokong daun. Yang perlu dibuang ialah daun yang telah dimakan ulat, dahan pokok yang telah dicemari bakteria berbahaya, dan kita perlu pastikan ia mendapat cahaya dan air yang cukup.
Tubuhkan satu Flying Skuad yang bertindak sebagai skuad bebas. Yang menyelinap secara senyap-senyap dan menyiasat setiap Bahagian dan Cawangan yang kalah untuk mengetahui mengapa rakyat menolak UMNO kerana mereka.
Rakyat pendam rasa yang lama, dulu, mereka ini bagus, malah jika tidak pun rakyat tidak menolak UMNO kerana sekurang-kurangnya, jika kami hantar surat bantahan atau aduan mengenai pempimpin tempatan kami, UMNO Pusat akan datang menyiasat dan kita akan dapat lihat perubahan.
Kini, UMNO Pusat datang siasat juga, tetapi, penyiasat dan yang disiasat dilihat terlalu akrab dan tiada perubahan yang berlaku. Islam agama suci dan Agung, yang memalukan Islam dan menghina Islam itu sendiri ialah umatnya yang kebanyakan ini bukanlah pemimpin-pemimpin Islam. Oleh itu, UMNO perlu dipulihkan di peringkat akar umbi.
Ini masa untuk bekerja dan bukan untuk bercakap atau berretorik.
Amar
Read More »»8 Jan 2009
DESAKAN MALAYSIA DISOKONG
Labels: Palestin"Gerakan massa secara besar-besaran oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia melalui NGO telah diambil maklum dan dipersetujui oleh Kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri," katanya.
TIADA PEJUANG HAMAS-PBB
BAITULMAQDIS 7 Jan. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menafikan dakwaan Israel bahawa pejuang Hamas bersembunyi di sekolah-sekolah kendaliannya seperti yang didakwa oleh Israel.
"Kami yakin 99.9 peratus bahawa tiada pejuang atau aktiviti pejuang Hamas berlaku di dalam atau perkarangan sekolah berkenaan," tegasnya.
Jelasnya lagi, satu penyiasatan bebas perlu diadakan untuk mengesahkan fakta tersebut.
"Sekiranya undang-undang perang telah dicabuli maka mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyifatkan serangan ke atas sekolah sebagai perbuatan paling biadab.
Sementara itu, tentera Israel terus mara dan memasuki Gaza City tanpa mempedulikan amaran antarabangsa agar mereka berundur dan melaksanakan gencatan senjata, hari ini.
Tentera Zionis terus membedil kubu pertahanan Hamas di Gaza, mengakibatkan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 680 orang setakat ini ketika para diplomat berusaha mendesak negara Yahudi itu agar menghentikan serangannya.
Menurut pasukan perubatan, satu serangan udara membunuh seorang pejuang Palestin dan mencederakan tiga yang lain di kawasan kejiranan Zeitun iaitu antara kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit sejak askar Israel menceroboh Genting Gaza pada Sabtu lalu.
Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner menjelaskan bahawa Hosni telah menjemput Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk membincangkan cadangan gencatan senjata.
"Saya tahu bahawa satu persidangan melibatkan kumpulan teknikal dari kedua-dua negara akan dilangsungkan esok. Jadi kami sedang menunggu jawapannya," kata beliau lagi.
Selepas berbincang dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Hosni menjemput penduduk Israel dan Palestin agar mencapai kata sepakat dan jaminan yang tidak membenarkan serangan berulang.
Hosni turut mencadangkan gencatan senjata untuk membolehkan bantuan dibawa masuk ke Gaza.
GPE - Kan betul kata-kata dalam kitab Al-Quran bahawasanya mereka ini yang di gelar Yahudi itu kejam dan zalim.
- sangat amat mementingkan diri sendiri dan kelompok mereka sahaja.
- bijak di akal namun sangat jahat di hati mereka.
- mempunyai sejarah yang terlalu hitam melibatkan banyak tamadun-tamadun besar manusia.
- pemfitnah nabi-nabi dan rasul-rasul.
- pelopor dan pelobi keganasan untuk sekian lamanya.
Maka mengapa kita masih mahu menyanjungi "BARAT" yang pada dasarnya dipandu oleh bangsa Yahudi dan sekutu-sekutu mereka yang kejam dan zalim. Segala ideologi, bahasa, dan budaya mereka harus kita lihat sebagai satu senjata pakej lengkap bangsa manusia berimankan SYAITAN yang bakal menghancurkan alam semesta.
Ya Allah....... kuatkan Umat Islam, satukan kami yang selalu berbalah atas perkara-perkara yang remeh temeh, jadikan kami umat yang satu dan hidup dalam keadaan damai dan gembira di muka bumi ciptaan kau Ya Allah!!
AMIN!
1 Jan 2009
SELAMAT MEYAMBUT MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU MASEHI !!
Labels: Suara GPEGAGASAN PEMUDA EHSAN
- GPE
- Gabungan 11 Pemuda UMNO Cawangan dibawah satu matlamat dan satu perjuangan

My Blog List
-
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP - SHAH ALAM - Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh tepat apabila lekuk graf jangkitan Covid-19 mula melandai dalam masa beberapa hari s...3 tahun yang lalu
-
Just an amusing observation.. - Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc. Students in B class, studied Commerce, be...5 tahun yang lalu
-
jardins, les vrais et les autres - Livre En Ligne Pdf Gratuit jardins, les vrais et les autres, Comment Telecharger Gratuitement Des Livres jardins, les vrais et les autres, Telecharger Iboo...7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni - Oleh *HARIS ZALKAPLI* Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...10 tahun yang lalu
-
UMNO dan PAS mesti dileburkan. Ke Arah Politik baru. - Jika UMNO akan dileburkan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjadi BN atau The Nationalist; maka PAS juga mesti diakhiri. PAS boleh dianjakkan menjadi suatu g...10 tahun yang lalu
-
Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung - Oleh Mazlan Nordin KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Duni...12 tahun yang lalu
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU - KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada p...13 tahun yang lalu
-
Karnival Jom Pancing Pemuda TKP2 2011 - Pergerakan Pemuda UMNO TKP2, dalam usaha untuk mencari dana dan sumber kewangan telah merancang untuk mengadakan satu pertandingan memancing terbuka. Berd...14 tahun yang lalu
-
-
PERBAHASAN ILMIAH ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN UNTUK SELESAIKAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH - Isu penggunaan nama Allah kini terus hangat menjadi perbualan rakyat di negara di kedai-kedai kopi, restoran, masjid dan pastinya di gereja-gereja. Apatah ...15 tahun yang lalu
-
Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009 - Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4 *‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, da...15 tahun yang lalu
-
BPN DITENTANG HEBAT !!! - Salam... Salam hormat... Sebelum saya mengulas tajuk ini dengan panjang lebar, saya harap Yang di-Pertua Bloggers Pembela Negara (BPN) mengizinkan saya unt...16 tahun yang lalu
-
MBI roboh plak pokok demokrasi - IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati perist...16 tahun yang lalu
-
-
-
-