4 Apr 2009

KENAPA NAMA NIZAR TIDAK TERSENARAI DI BEM?

. 4 Apr 2009
6 comments

Beberapa blogger daripada kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) telah membangkitkan isu terkini tentang kesahihan gelaran IR yang digunakan oleh Nizar Jamaluddin. Ini berikutan salah seorang penghantar komen ke Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dan mempertikaikan gelaran IR Nizar, kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai rasmi Board Of Engineers Malaysia (BEM).


Kami juga telah menyemak nama beliau di dalam senarai pencarian BEM di alamat http://www.bem.org.my/ namun, nama Nizar Jamaluddin sememang tidak ada dalam senarai. Hanya ada empat orang yang bernama Nizar dan yang pasti, ianya bukan nama bekas Menteri Besar Perak itu.

Kami cuba menyemak nama ADUN Paya Jaras merangkap Ketua Bahagian UMNO Subang, Dato Ir Bushro Mat Johor, dan sememangnya nama beliau ada tersenarai di dalam senarai rasmi BEM.

Berdasarkan dakwaan dan persoalan yang diwujudkan itu, maka kami sangat-sangat inginkan penjelasan, apakah kesemua mereka yang bergelar IR, mesti berdaftar dengan BEM? Atau ada juga IR yang  tidak berdaftar dengan BEM? Dan apakah IR seseorang itu dianggap sah sekiranya individu tersebut tidak berdaftar dengan BEM.

Kami menghubungi Dato Ir Bushro Mat Johor, bagi mengesahkan perkara ini. Menurut Dato Bushro, setiap engineers yang mempunya gelaran IR, mesti berdaftar dengan BEM, disebabkan BEM adalah satu badan yang bertanggungjawab memberikan gelaran IR kepada engineers yang layak setelah melalui beberapa ujian.

Kata beliau, sekiranya Nizar menggunakan gelaran IR, namanya juga sepatutnya berdaftar dengan BEM. Sekiranya, nama Nizar tidak ada dalam senarai rasmi BEM, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Sememangnya, setelah kami semak berkali-kali, nama Nizar tidak muncul-muncul. Kami jadi pelik, apakah BEM terlupa mahu menyenaraikan nama Nizar di dalam pencarian rasmi engineers bertauliah yang berdaftar dengan BEM, atau pun Nizar yang terlupa untuk mendaftar namanya di BEM...?

Read More »»

IKRAR DATUK SERI NAJIB

.
0 comments

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untuk nasib rakyat.

Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat : Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air.


p/s : Kami doakan DS Najib sentiasa dalam bimbingan dan rahmat Allah...

Read More »»

3 Apr 2009

NIZAR KATA NEGARA ISLAM BUKAN PERJUANGAN PAS

. 3 Apr 2009
0 comments




p/s : Dengar, teliti, fikir dan buat keputusan...

Read More »»

KRONI DAP DAPAT HAKMILIK KEKAL 999 TAHUN!- DENGAR DAN TENGOK SENDIRI!

.
0 comments




p/s : Sekarang kita kenal, siapa itu Nizar sebenarnya. Kasihan sungguh melihat sikap Nizar. Belum pernah ada pemimpin Melayu, malah dari parti PAS yang sangat hipokrit seperti lelaki ini...mudah-mudahan Nizar tewas di Bukit Gantang!

Read More »»

29 Mac 2009

CARIK-CARIK SI BULU AYAM...

. 29 Mac 2009
0 comments





Alhamdulillah, kami panjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah swt, Pemerintah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.  Akhirnya, perhimpunan Agung UMNO ke 59 ini, menyaksikan satu lagi sejarah, di mana kehadiran Tun Mahathir, bersama isterinya Tun Siti Hasmah yang menyemarakkan lagi semangat perjuangan ahli-ahli UMNO untuk terus bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Kami, generasi muda  di dalam PEKEMBAR (UMNO) amat-amat  terharu dengan contoh tauladan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin veteran UMNO pada ketika dan saat ini. Kami juga mengucapkan selamat bersara kepada Pak Lah, yang bagi kami seorang pemimpin yang cukup baik, beriman dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sepanjang beliau memerintah bumi bertuah ini.

Setelah berjuang lebih 30 tahun di dalam UMNO, inilah pengorbanan yang paling besar dilakukan oleh Pak Lah, melepaskan jawatan demi keutuhan semula UMNO, parti terbesar dan parti bersejarah bagi orang-orang Melayu. Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan pada Pak Lah, dari kami generasi muda di dalam UMNO.

Begitu juga dengan Tun Mahathir. Kehadiran Tun pada perhimpunan Agung UMNO kali ini sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya semangat perjuangan yang masih segar bugar di dalam dirinya, demi untuk agama, bangsanya dan tanahair, dan mengetepikan segala sentimen peribadi, biarpun kita tahu selama ini beliau seringkali mengkritik kepimpinan Pak Lah.

Kepada ahli pemuda sebagai pelapis pemimpin warisan bangsa, contohilah semangat dan pengorbanan yang diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin lama. Biarpun setiap dari mereka, mempunyai salah dan silap masing-masing, namun janganlah pula kita, menjadikan salah dan silap mereka itu sebagai satu alasan untuk membenarkan kita bersikap kurang ajar, serta tidak menghormati pemimpin lama, sedangkan jasa yang sudah mereka taburkan, amatlah besar berbanding dengan jasa kita untuk agama, bangsa dan negara.

Sememangnya, sudah menjadi fitrah manusia tidak akan lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan, biarpun insan yang diangkat darjatnya menjadi para Nabi dan Rasul.

Kami memanjatkan doa kepada yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mudah-mudahan selepas ini, UMNO, terutamanya barisan kepimpinan Pemuda UMNO sebagai pelapis kepimpinan parti, akan terus mantap dalam satu semangat setiakawan serta berani dalam usaha untuk  menuntut perubahan, demi agama, bangsa dan negara, InsyaAllah.

p/s: Gambar dari blog Pejuang Bangsa.

Read More »»