6 Feb 2009

APAKAH PAS BERJUANG DEMI ISLAM, PARTI ATAU KUASA?

. 6 Feb 2009
1 comments

Isu terbaru perkembangan politik di Perak, cukup hangat. Kira-kira dua minggu yang lepas, penulis dikutuk oleh seorang ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mengajak penulis menyertai partinya dan keluar dari UMNO. 


Katanya, "ADUN UMNO pun dah masuk PKR," katanya merujuk kepada Datuk Nasaruddin, ADUN Bota yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR.

Penulis hanya tersenyum mendengar pelawaan secara terhormat itu.
Tapi, itu hanya perancangan manusia. Perancangan ALLAH? Tiada siapa yang tahu. Dengan kehendak ALLAH, akhirnya, Pakatan Rakyat (PR) bukan bertambah kuat dengan kehadiran ADUN Bota tersebut, sebaliknya tersungkur apabila tiga daripada ADUN mereka sendiri berpaling tadah dan kemudiannya diikuti oleh ADUN Bota yang juga bertindak keluar dari PR semula.

Begitulah sekiranya ALLAH mengkehendaki untuk menguji hamba-hamba-Nya. Dulu Allah menguji dan menyedarkan hamba-hamba-Nya yang berjuang di dalam UMNO dengan tsunami politik yang mengakibatkan kehilangan kuasa di lima buah negeri, dan kali ini, Allah menguji pula hamba-hamba-Nya yang bergerak di dalam PR dengan mencabut kekuasaan mereka hanya di sebuah negeri.

Namun, perkara itu tidak dapat diterima oleh sebahagian daripada penyokong PR, malah MB Perak sendiri. Biarpun Sultan sudah mengarahkan beliau meletakkan jawatan, namun beliau berdegil dan memohon sembah derhaka untuk terus memegang jawatan tersebut, dan tidak menghiraukan perintah Sultan.

Namun, undang-undang tetap undang-undang. Akhirnya, secara sah, kerajaan Perak akhirnya jatuh ke tangan BN semula. 

Malangnya, penyokong PR, terutama di kalangan ahli PAS, tidak dapat menerima perkara tersebut. Mereka membantah dengan mencaci maki Sultan, menghina Sultan, mengadakan demostrasi di hadapan masjid Ubudiah tanpa ada rasa hormat, malah bertindak kurang ajar dengan menahan kereta Istana ketika majlis upacara angkat sumpah MB baru akan diadakan.

Inikah sikap seseorang yang menggelarkan diri mereka itu pejuang Islam? Mereka sanggup mencaci maki, menghamun dan menghina seorang khalifah mereka sendiri, hanya kerana mahukan kuasa. Apakah dasar matlamat perjuangan mereka? Islam atau pun kuasa?

Bukankah Islam mengajar, selagi pemimpin kita beragama Islam, selagi dia tidak menyuruh kita melakukan perbuatan syirik kepada Allah, dan menghalang kita daripada beribadah kepada Allah, maka pemimpin itu harus kita taati. 

Soal dosa yang dilakukan oleh pemimpin itu, serah ajalah pada Allah. Setiap insan pasti berdosa dan tersilap. Bahkan para Nabi dan Rasul juga melakukan kesilapan, apatah lagi manusia biasa seperti kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah menegur dan berdakwah dengan cara yang lembut dan betul.

Dulu, ketika kecelaruan yang melanda Terengganu yang melibatkan Sultan dalam krisis MB Terengganu, akhbar Harakah heboh mengatakan bahawa UMNO menderhaka pada Sultan dan membesarkan-besarkan isu sepanduk yang menghina Sultan dengan meletakkan ia sebagai gambar front page.

Hari ini, bagaimana kita mahu mentafsirkan sikap ahli dan pemimpin PAS itu sendiri apabila keadaan ini berlaku kepada mereka? Apakah sikap mereka yang memaki hamun Sultan, mencaci dan menghina institusi Raja di negara ini, adalah satu perbuatan yang mulia, beradap, bersopan santun serta memberi contoh yang baik kepada masyarakat? 

Apa yang berlaku hari ini, tepat sekali dengan pepatah melayu yang berbunyi, Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang lebih!

Jika ada sesetengah ahli PR, terutama ahli dan pemimpin PAS yang mengatakan bahawa kita perlukan kuasa untuk menegakkan Islam, maka di sini, penulis paparkan tulisan Syeikh Abul Hassan Ali An Nadhwi, seorang ulama tersohor yang berdakwah bukan hanya di kalangan rakyat biasa, tetapi turut berdakwah kepada pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia.


Kata al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi kepada al-Ikhwan al-Muslimin:

Wahai ikhwan Muslimin yang mulia!

Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain.

Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. 

Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya….istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera.

Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan ALLAH. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. 

Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada ALLAH. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan. 
Ini seperti firman ALLAH: 

(maksud) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj: 41).

Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya….”

Katanya juga: “Wahai tuan-tuan!

 

Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. 

 

Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. 

 

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. 

 

Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin ALLAH- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. 

 

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah ALLAH dan kemenangan pada Hari Akhirat. 

 

Juga kerana apa yang ALLAH sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia. 

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. 

 

Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain.

 

Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha ALLAH, kesemuanya pada jalan ALLAH. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH. (rujukan: al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Wallahua'lam


sumber http://fakhrumobile.blogspot.com

GPE : Jadi jelas, daripada penjelasan Syeikh Abul Hasan Ali An Nadhwi, matlamat dan perjuangan dakwah menegakkan Islam, perlu mengikut landasan yang betul seperti mana yang digariskan oleh Islam, di dalam apa juga lapangan, termasuklah politik.

Bersikap asyobiyah, melampau-melampau dalam sesuatu, mengagung-agungkan pendapat sendiri ataupun pemimpin dan mengutuk serta menghina pendapat orang lain, memandang orang lain tidak beriman dan kafir, serta mengambil alih tugas Tuhan dalam menjatuhkan hukuman terhadap manusia ketika di dunia seperti menuduh orang yang tidak sependapat dengan mereka dengan gelaran munafik, kafir ataupun ahli neraka, bukankah termasuk di dalam sifat-sifat yang tercela bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam.

Jadi, apakah ahli-ahli PAS, benar-benar mempunyai ciri-ciri pejuang Islam, ataupun hanyalah sekadar pejuang sebuah parti yang menggunakan agama sebagai daya penarik untuk mendapat sedikit undi? Ingatlah! Jangan sesekali kita menjual agama Allah, untuk kepentingan dan keuntungan dunia yang sedikit!

Read More »»

4 Feb 2009

BN BENTUK KERAJAAN DI NEGERI PERAK

. 4 Feb 2009
0 comments

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari pakatan.

Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Dari empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

Komen ADUN

Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.


sumber Mstar


GPE : Inilah peluang untuk ADUN BN untuk bekerja dan memberi khidmat kepada rakyat. Jadikan sejarah itu sebagai tauladan dan pedoman...

Read More »»