17 Dis 2008

TONJOL ISU 'HANTU'

. 17 Dis 2008
0 comments


SHAH ALAM 16 Dis. – Parti pembangkang dijangka memainkan isu-isu ‘hantu’ iaitu isu yang tidak pernah wujud pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari depan.

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan itu berikutan pelbagai keputusan kerajaan kebelakangan ini membuatkan mereka kehabisan modal untuk berkempen.

“Isunya tidak ada, tapi mereka mencipta isu ‘hantu’ kerana kerajaan telah bertindak dengan baik termasuk menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali sehingga lebih rendah daripada harga asal.

“Saya rasa mereka juga terkapai-kapai kerana kerajaan sudah membayar royalti minyak tambahan sebanyak RM400 juta kepada Terengganu... jadi mulalah pembangkang fikir duit itu sepatutnya digunakan untuk basmi kemiskinan sedangkan ia memang dalam perancangan kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan pembangkang yang mencipta isu ‘hantu’ bukan perkara yang mengejutkan kerana mereka telah lama memutarbelitkan fakta sehingga rakyat mempercayai perkara yang tidak pernah wujud. - Utusan

p/s: siap sedia Pemuda.. kita gempur KT, pastikan kemenangan menjadi milik UMNO.

Read More »»