18 Mac 2009

SATU KEJUTAN

. 18 Mac 2009

Memang satu kejutan. Desas desus yang bertiup perlahan merebak ke akar umbi ternyata benar. Kisah beliau yang menghiasai muka hadapan Utusan Malaysia semalam (17hb Mac 09), sudah cukup untuk membayangkan bahawa Datuk Seri Ali Rustam, adalah antara pemimpin UMNO peringkat tertinggi yang akan di dapati bersalah kerana politik wang.


Ini adalah satu keputusan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Ada juga beberapa individu tertentu yang mengatakan, bahawa ini adalah satu set up kerana kepentingan politik golongan tertentu, namun saya tidak yakin begitu.

Keputusan dan siasatan yang dibuat, adalah berdasarkan laporan yang diterima. Saya yakin, laporan tersebut datang dari pelbagai peringkat, termasuklah di peringkat akar umbi.

Namun, biar apa pun yang berlaku, harapnya, Datuk Seri Ali Rustam dapat menerimanya dengan redha. Orang yang berjuang demi agama, bangsa dan negaranya, tidak akan kecewa.

Ambillah contoh panglima perang Islam, Saidina Khalid Al Walid r.a. yang sanggup turun untuk berjihad menentang musuh, biarpun pangkatnya sebagai panglima perang, telah dilucutkan oleh Saidina Umar al Khattab r.a. tidak lama selepas beliau mengambil tampuk pemerintahan daripada Saidina Abu Bakar r.a.

Keikhlasan Saidina Khalid al Walid r.a. dalam perjuangan, patut diambil sebagai satu iktibar dan pegangan bagi orang-orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pejuang.

Begitu juga dengan sebuah riwayat, sewaktu krisis antara Saidina Ali r.a. dan Saidina Muawiyah r.a. sehingga terjadinya perang Siffin. Ketika sedang berkonfrontasi, tiba-tiba datang utusan daripada raja Rom, (saya tidak ingat namanya) menawarkan bantuan peperangan kepada Saidina Muawiyah r.a. 

Bantuan tersebut untuk membantunya mengalahkan Saidina Ali r.a. Apabila mendengarkan kata-kata utusan Raja Rom itu, muka Saidina Muawiyah merah padam lalu bangun dan berkata kepada utusan Raja Rom itu :

"Sekiranya Raja kamu ingin menyerang Ali, maka engkau akan lihat bahawa akulah orang yang akan berada di barisan paling hadapan untuk mempertahankan Ali!,"

Inilah satu contoh tauladan berkenaan semangat kerukunan dan taat setia dalam persahabatan yang berdasarkan tauhid kepada Allah, biarpun ketika itu, kedua-dua sahabat ini berada dalam kemelut konfrontasi yang menjadi kenangan hitam bagi kaum Muslimin.

Berdasarkan dua contoh itu, maka kita perlu sedar,perbalahan sesama kita, janganlah sampai menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. Kekecewaan tidak akan wujud dalam diri seseorang pejuang itu, sekiranya seseorang itu menjadikan landasan perjuangannya hanya kerana Allah semata-mata.

Sekiranya benar seperti yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin itu, bahawa beliau menggunakan wang untuk meraih sokongan dan undi, maka ini adalah satu pengajaran dan iktibar yang sangat besar bagi beliau. Apa yang penting, beliau terus istiqamah dalam perjuangan, dan terus menabur jasa seperti biasa.

Kita tidak boleh menjadikan pangkat, kuasa dan harta sebagai matlamat perjuangan kita di dalam UMNO kerana tiga faktor inilah yang menjadi salah satu sebab perpecahan orang Melayu di negara ini...


-Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah-


sumber dipetik dari blog Pemuda UMNO Taman Ehsan
http://taman-pemuda.blogspot.com

1 comments:

Parpu Kari berkata...

SAYA ADA TERIMA SATU SMS TADI, IANYA AGAK MENGEJUTKAN SAYA LA, SMS NI DALAM BAHASA INGGERIS DAN IANYA AGAK PANJANG, BEGINI LEBIH KURANG BUNYINYA....

"LEBIH KURANG JAM 9.30 MALAM SEMALAM BERTEMPAT DI PJ HILTON, AGEN ALI RUSTAM DAN AGEN MAT TAIB TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN! TUJUAN DIADAKAN PERTEMUAN INI ADALAH UNTUK KEDUA BELAH PIHAK INI BERGABUNG! AGENDA PERTAMA MEREKA ADALAH UNTUK MENCARI JALAN SUPAYA DELEGASI YANG MENYOKONG ALI RUSTAM MENGUBAH SOKONGAN TERSEBUT KEPADA MAT TAIB! AGENDA KEDUA ADALAH UNTUK SEMUA JENTERA POLITIK ALI RUSTAM TERUS DIGUNAKAN UNTUK MENYOKONG MAT TAIB! ALASAN YANG DIBERI KERANA BANYAK WANG TELAH DILABURKAN OLEH ALI RUSTAM DAN SELEPAS INI IANYA AKAN DIJADIKAN SEBAGAI PELABURAN MAT TAIB PULA, MEMANDANGKAN ALI RUSTAM SUDAH PUN MELABURKAN KESEMUA PELABURAN BELIAU, ALI RUSTAM AKAN MENGHALALKAN PELABURAN INI DAN AKAN TERUS MELABUR UNTUK MAT TAIB BAGI LIMA HARI YANG MENDATANG, MEMANDANGKAN ALI RUSTAM SUDAH PUN DIKENAKAN HUKUMAN, MANA BOLEH HUKUM DUA KALI KAN?

MACAM SUSAH PULAK KITA NAK PERCAYA KAN SENARIO DIA ATAS TU, TAPI DALAM POLITIK PERKARA BEGINI ADALAH 'BIASA' TAMBAHAN PULAK SETELAH ALI RUSTAM DIKENAKAN TINDAKAN, MAKA JENTERA BELIAU BERGERAK SECARA 'UNDERGROUND'

DUA HARI LEPAS SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT LEBIH DARI DUA RIBU PENYOKONG-PENYOKONG PAS DAN PKR TELAH BERARAK KE PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA UNTUK MENDESAK BELIAU UNTUK MELETAKKAN JAWATAN BELIAU. MENURUT MEREKA SEORANG PERASUAH TIDAK LAYAK MENJADI KETUA MENTERI LAGI.

MENURUT SMS ITU LAGI, ALI RUSTAM INI IBARAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA PULAK! YA LAH MANA TAKNYA, DAH LA NAK TANDING TPM PUN TAK DAPAT, PASTU PIHAK PEMBANGKANG PULAK MENDESAK BELIAU MELEPASKAN JAWATAN KETUA MENTERI, ALI RUSTAM JUGA TELAH MENGATAKAN BAHAWA BELIAU TELAH BERJAYA MEMENANGI KESEMUA KERUSI UMNO YANG DITANDINGI SEMASA PRU KE 12 HARI TU. PELINYA YANG DATANG MENDESAK BELIAU UNTUK LETAK JAWATAN ADALAH TERDIRI DARI 95 % MELAYU PEMBANGKANG..."

BEGITULAH LEBIH KURANG MESEJ YANG TERAMAT PANJANG TELAH DI TERIMA SAYA, SAMA ADA BETUL ATAU TIDAK, ITU SAYA TAK TAHU.

NAMUN AGAK MERAGUKAN JUGAK BILA KITA DAPAT MESEJ-MESEJ SEBEGINI KAN? YALAH KALAU TAKDE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KAN?

NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA, BAHAWA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI MOHD ALI RUSTAM NI ADALAH DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK DAN MEREKA TAK AKAN MELAKUKAN SEPERTI YANG TERSEBUT DALAM MESEJ TERSEBUT!

SEDIKIT PERINGATAN UNTUK PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI ALI RUSTAM, BEBERAPA HARI LEPAS SAYA JUGA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA ORANG-ORANG MAT TAIB LAH YANG TELAH MEMBUAT LAPORAN MENGENAI KES POLITIK WANG BELIAU, KALAU TAK SILAP SAYA LAH ADA KURANG LEBIH DALAM 500 ADUAN YANG DI TERIMA OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO!

SAYA BUKAN NAK MENGAPI-APIKAN KEDUA DUA BELAH PIHAK YA, NIAT SAYA CUMA JANGANLAH ORANG YANG TAK BERSALAH PULAK DI HUKUM DALAM PEMILIHAN NANTI, SEPERTI YANG TELAH SAYA KATAKAN TADI, SAYA PERCAYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI MOHD ALI RUSTAM ADALAH ORANG-ORANG YANG BAIK CUMA BERHATI-HATILAH YA, INI SOAL MASA DEPAN UMNO/BN...JANGANLAH DI IKUTKAN HATI DAN PERASAAN YA.

TUN DR MAHATHIR PUN DAH BERPESAN BANYAK KALI, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERSIH CEKAP DAN AMANAH YA...KITA TAK NAK LAH PEMIMPIN YANG DAH ADA PELBAGAI KES MASA DAHULU KAN?..SO FIKIR-FIKIRKANLAH..

DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR! HIDUP MELAYU!