1 Jan 2009

SELAMAT MEYAMBUT MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU MASEHI !!

. 1 Jan 2009

GAGASAN PEMUDA EHSAN dengan hati yang jujur dan ikhlas mendoakan kepada semua ahli-ahli UMNO seMalaysia serta semua rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang beragama Islam agar tahun Hijrah 1430/Masehi 2009 ini menjadi tahun yang lebih baik dari semua tahun-tahun sebelum ini yang telah kita tempuh bersama. 

Pahit maung dalam hidup pada tahun 2008 harus menjadi teladan dan sempadan agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan kita yang hampir meranapkan impian Agama kita, Bangsa kita dan Negara kita Malaysia. Ini sahaja yang kita ada dan ini sahaja yang kita perlu pertahankan. Nampak mudah tapi hakikatnya amat sukar!!!
-
Visi, misi dan objektif kita sebagai rakyat Melayu Islam harus sama, harus selari, harus logik dan harus rasional dalam mahu menubuhkan sebuah negara Islam yang maju dan berdaya saing di dalam arus kehidupan masa kini yang semakin sukar.... malah bagi kami zaman kini merupakan zaman yang sangat sukar berbanding pada zaman-zaman yang lain sebelum ini. 

Satu suara, satu hati....... ketepikan soal peribadi, soal keuntungan sendiri, soal darjat dan pangkat...... bersatulah agar musuh kita yang ada di sebelah kita sekarang ini takut dan gentar malah akan diam membisu melihat kebangkitan kita tanpa banyak soal.
-
Ini bukan perintah atau seruan.... ini cuma menyatakan perkara yang benar dan yang paling asas dalam menjadi satu entiti yang kuat di dalam dunia yang serba mencabar ini..... ini cuma fitrah ciptaan tuhan!!! Tiada siapa yang lebih pandai daripada DIA!!
-
Bersatulah atas nama Islam wahai orang-orang Melayu.... JOM UBAH!!!

0 comments: