3 Apr 2009

NIZAR KATA NEGARA ISLAM BUKAN PERJUANGAN PAS

. 3 Apr 2009
0 comments




p/s : Dengar, teliti, fikir dan buat keputusan...

Read More »»

KRONI DAP DAPAT HAKMILIK KEKAL 999 TAHUN!- DENGAR DAN TENGOK SENDIRI!

.
0 comments




p/s : Sekarang kita kenal, siapa itu Nizar sebenarnya. Kasihan sungguh melihat sikap Nizar. Belum pernah ada pemimpin Melayu, malah dari parti PAS yang sangat hipokrit seperti lelaki ini...mudah-mudahan Nizar tewas di Bukit Gantang!

Read More »»

29 Mac 2009

CARIK-CARIK SI BULU AYAM...

. 29 Mac 2009
0 comments





Alhamdulillah, kami panjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah swt, Pemerintah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.  Akhirnya, perhimpunan Agung UMNO ke 59 ini, menyaksikan satu lagi sejarah, di mana kehadiran Tun Mahathir, bersama isterinya Tun Siti Hasmah yang menyemarakkan lagi semangat perjuangan ahli-ahli UMNO untuk terus bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Kami, generasi muda  di dalam PEKEMBAR (UMNO) amat-amat  terharu dengan contoh tauladan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin veteran UMNO pada ketika dan saat ini. Kami juga mengucapkan selamat bersara kepada Pak Lah, yang bagi kami seorang pemimpin yang cukup baik, beriman dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sepanjang beliau memerintah bumi bertuah ini.

Setelah berjuang lebih 30 tahun di dalam UMNO, inilah pengorbanan yang paling besar dilakukan oleh Pak Lah, melepaskan jawatan demi keutuhan semula UMNO, parti terbesar dan parti bersejarah bagi orang-orang Melayu. Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan pada Pak Lah, dari kami generasi muda di dalam UMNO.

Begitu juga dengan Tun Mahathir. Kehadiran Tun pada perhimpunan Agung UMNO kali ini sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya semangat perjuangan yang masih segar bugar di dalam dirinya, demi untuk agama, bangsanya dan tanahair, dan mengetepikan segala sentimen peribadi, biarpun kita tahu selama ini beliau seringkali mengkritik kepimpinan Pak Lah.

Kepada ahli pemuda sebagai pelapis pemimpin warisan bangsa, contohilah semangat dan pengorbanan yang diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin lama. Biarpun setiap dari mereka, mempunyai salah dan silap masing-masing, namun janganlah pula kita, menjadikan salah dan silap mereka itu sebagai satu alasan untuk membenarkan kita bersikap kurang ajar, serta tidak menghormati pemimpin lama, sedangkan jasa yang sudah mereka taburkan, amatlah besar berbanding dengan jasa kita untuk agama, bangsa dan negara.

Sememangnya, sudah menjadi fitrah manusia tidak akan lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan, biarpun insan yang diangkat darjatnya menjadi para Nabi dan Rasul.

Kami memanjatkan doa kepada yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mudah-mudahan selepas ini, UMNO, terutamanya barisan kepimpinan Pemuda UMNO sebagai pelapis kepimpinan parti, akan terus mantap dalam satu semangat setiakawan serta berani dalam usaha untuk  menuntut perubahan, demi agama, bangsa dan negara, InsyaAllah.

p/s: Gambar dari blog Pejuang Bangsa.

Read More »»

28 Mac 2009

TAHNIAH!

. 28 Mac 2009
1 comments


Tahniah kami ucapkan kepada semua pemimpin yang terpilih di dalam pemilihan UMNO yang ke 59 baru-baru ini. Biarpun ada sedikit kontroversi, terutamanya tentang pemilihan Ketua Pemuda Malaysia yang dimenangi oleh Khairy Jamaluddin, namun segala-galanya telah pun tersurat.

Apa yang penting, barisan kepimpinan baru ini tidak lagi menoleh ke belakang, untuk terus berani melangkah serta bijaksana dalam usaha untuk terus berkhidmat kepada masyarakat khususnya orang-orang Melayu. 

Selain itu, barisan kepimpinan UMNO yang baru hendaklah lebih tangkas mematahkan serangan-serangan serta tohmahan pembangkang dalam usaha untuk membersihkan kembali imej UMNO yang kini tercalar.

Kami, sebagai ahli Pemuda terutamanya berharap, agar Ketua Pemuda Malaysia yang baru, dapat menaikkan lagi imej Pemuda UMNO Malaysia, serta membersihkan kembali imejnya yang tercalar akibat didapati bersalah dalam amalan politik wang, seperti mana yang kini sedang diperkatakan oleh masyarakat umum, termasuk di kalangan ahli UMNO sendiri.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Berjuanglah untuk agama, bangsa dan negara dan bukan untuk pangkat, kemewahan dan kuasa.

Read More »»

18 Mac 2009

SATU KEJUTAN

. 18 Mac 2009
1 comments

Memang satu kejutan. Desas desus yang bertiup perlahan merebak ke akar umbi ternyata benar. Kisah beliau yang menghiasai muka hadapan Utusan Malaysia semalam (17hb Mac 09), sudah cukup untuk membayangkan bahawa Datuk Seri Ali Rustam, adalah antara pemimpin UMNO peringkat tertinggi yang akan di dapati bersalah kerana politik wang.


Ini adalah satu keputusan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Ada juga beberapa individu tertentu yang mengatakan, bahawa ini adalah satu set up kerana kepentingan politik golongan tertentu, namun saya tidak yakin begitu.

Keputusan dan siasatan yang dibuat, adalah berdasarkan laporan yang diterima. Saya yakin, laporan tersebut datang dari pelbagai peringkat, termasuklah di peringkat akar umbi.

Namun, biar apa pun yang berlaku, harapnya, Datuk Seri Ali Rustam dapat menerimanya dengan redha. Orang yang berjuang demi agama, bangsa dan negaranya, tidak akan kecewa.

Ambillah contoh panglima perang Islam, Saidina Khalid Al Walid r.a. yang sanggup turun untuk berjihad menentang musuh, biarpun pangkatnya sebagai panglima perang, telah dilucutkan oleh Saidina Umar al Khattab r.a. tidak lama selepas beliau mengambil tampuk pemerintahan daripada Saidina Abu Bakar r.a.

Keikhlasan Saidina Khalid al Walid r.a. dalam perjuangan, patut diambil sebagai satu iktibar dan pegangan bagi orang-orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pejuang.

Begitu juga dengan sebuah riwayat, sewaktu krisis antara Saidina Ali r.a. dan Saidina Muawiyah r.a. sehingga terjadinya perang Siffin. Ketika sedang berkonfrontasi, tiba-tiba datang utusan daripada raja Rom, (saya tidak ingat namanya) menawarkan bantuan peperangan kepada Saidina Muawiyah r.a. 

Bantuan tersebut untuk membantunya mengalahkan Saidina Ali r.a. Apabila mendengarkan kata-kata utusan Raja Rom itu, muka Saidina Muawiyah merah padam lalu bangun dan berkata kepada utusan Raja Rom itu :

"Sekiranya Raja kamu ingin menyerang Ali, maka engkau akan lihat bahawa akulah orang yang akan berada di barisan paling hadapan untuk mempertahankan Ali!,"

Inilah satu contoh tauladan berkenaan semangat kerukunan dan taat setia dalam persahabatan yang berdasarkan tauhid kepada Allah, biarpun ketika itu, kedua-dua sahabat ini berada dalam kemelut konfrontasi yang menjadi kenangan hitam bagi kaum Muslimin.

Berdasarkan dua contoh itu, maka kita perlu sedar,perbalahan sesama kita, janganlah sampai menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. Kekecewaan tidak akan wujud dalam diri seseorang pejuang itu, sekiranya seseorang itu menjadikan landasan perjuangannya hanya kerana Allah semata-mata.

Sekiranya benar seperti yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin itu, bahawa beliau menggunakan wang untuk meraih sokongan dan undi, maka ini adalah satu pengajaran dan iktibar yang sangat besar bagi beliau. Apa yang penting, beliau terus istiqamah dalam perjuangan, dan terus menabur jasa seperti biasa.

Kita tidak boleh menjadikan pangkat, kuasa dan harta sebagai matlamat perjuangan kita di dalam UMNO kerana tiga faktor inilah yang menjadi salah satu sebab perpecahan orang Melayu di negara ini...


-Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah-


sumber dipetik dari blog Pemuda UMNO Taman Ehsan
http://taman-pemuda.blogspot.com

Read More »»