4 Apr 2009

KENAPA NAMA NIZAR TIDAK TERSENARAI DI BEM?

. 4 Apr 2009

Beberapa blogger daripada kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) telah membangkitkan isu terkini tentang kesahihan gelaran IR yang digunakan oleh Nizar Jamaluddin. Ini berikutan salah seorang penghantar komen ke Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dan mempertikaikan gelaran IR Nizar, kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai rasmi Board Of Engineers Malaysia (BEM).


Kami juga telah menyemak nama beliau di dalam senarai pencarian BEM di alamat http://www.bem.org.my/ namun, nama Nizar Jamaluddin sememang tidak ada dalam senarai. Hanya ada empat orang yang bernama Nizar dan yang pasti, ianya bukan nama bekas Menteri Besar Perak itu.

Kami cuba menyemak nama ADUN Paya Jaras merangkap Ketua Bahagian UMNO Subang, Dato Ir Bushro Mat Johor, dan sememangnya nama beliau ada tersenarai di dalam senarai rasmi BEM.

Berdasarkan dakwaan dan persoalan yang diwujudkan itu, maka kami sangat-sangat inginkan penjelasan, apakah kesemua mereka yang bergelar IR, mesti berdaftar dengan BEM? Atau ada juga IR yang  tidak berdaftar dengan BEM? Dan apakah IR seseorang itu dianggap sah sekiranya individu tersebut tidak berdaftar dengan BEM.

Kami menghubungi Dato Ir Bushro Mat Johor, bagi mengesahkan perkara ini. Menurut Dato Bushro, setiap engineers yang mempunya gelaran IR, mesti berdaftar dengan BEM, disebabkan BEM adalah satu badan yang bertanggungjawab memberikan gelaran IR kepada engineers yang layak setelah melalui beberapa ujian.

Kata beliau, sekiranya Nizar menggunakan gelaran IR, namanya juga sepatutnya berdaftar dengan BEM. Sekiranya, nama Nizar tidak ada dalam senarai rasmi BEM, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Sememangnya, setelah kami semak berkali-kali, nama Nizar tidak muncul-muncul. Kami jadi pelik, apakah BEM terlupa mahu menyenaraikan nama Nizar di dalam pencarian rasmi engineers bertauliah yang berdaftar dengan BEM, atau pun Nizar yang terlupa untuk mendaftar namanya di BEM...?

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

hehehehehe ingatkan apa.kertas tu ka.aku pon ada tp tk pakai pon

Tanpa Nama berkata...

Fitnah ke buta IT? Sila cuba link dibawah. Itupun ko reti lah. Nama Nizar clearly shows.

http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf

mukasurat 185

Tanpa Nama berkata...

MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)
B.SC.(ASTON IN BIRIMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993

(Muka surat 185)

Kamu ni bodo ke apa? Kamu ingat orang PAS macam orang UMNO ke yang beli Phd?

anakPerak berkata...

MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)
B.SC.(ASTON IN BIRIMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993

Sila rujuk pada perkataan P.ENG di atas. Takrifan IEM mengenai P.ENG di dalam ruangan FAQnya:

What is P.Eng.?

P.Eng. stands for Professional Engineer. It is a term referred to qualified engineers practicing with license from the Board of Engineers Malaysia. Professional Engineers in Malaysia commonly use the title "Ir." instead of "Mr."

Baca dan study biar habis, bro...

Tanpa Nama berkata...

hahaha bangang punya AMENO. Bodoh tak boleh diajo. Lain kali guna la windows Vista latest, jangan guna chepua. Baghlul! (Baghal + Bahlul)

toytian berkata...

Kawan-kawan.
Yahudi senyum tengok kita.
Warna-warni politik kita baik untuk rakyat malaysia yang semakin matang memikirkan alatuju.what next?
Jangan takut,senario ini yang memcelikkan kita dari penjajahan BN.kearah system dual party.
Syabas rakyat malaysia....fikir sesecara positif.
Hasil selepas ini rakyat bertambah peka dalam semua.(sosial ekonomi dan politik).