26 Dis 2008

MAJLIS PERASMIAN UMNO CAWANGAN DESA SATU, AMAN PURI, KEPONG.

. 26 Dis 2008
2 comments








21.12.2008 - Alhamdullilah pada ahad minggu lepas telah tertubuhnya satu lagi cawangan UMNO iaitu UMNO cawangan Desa Satu yang berada di kawasan naungan UMNO bahagian Subang yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato' IR Muhammad Bushro Bin Mat Johor. Beliau dengan relahati dan sukacitanya turun ke majlis perasmian tersebut ditemani oleh semua orang-orang kanan beliau iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Subang iaitu Yang Berbahagia Saudara Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid, Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Subang iaitu Yang Berbahagia Saudara Rauf Dato' Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang iaitu Yang Berbahagia Saudara Harrison Hassan serta ramai lagi AJK dan ahli-ahli UMNO bahagian Subang yang setia di belakang pucuk pimpinan UMNO.

Pada hari tersebut, dengan izin Allah maka telah lahir satu lagi unit AJK UMNO di cawangan UMNO cawangan Desa Satu yang diketuai oleh Saudara Othman Ghani selaku ketua UMNO cawangan Desa satu yang pertama. Turut terpilih pada pagi itu ialah Saudara Zamri Ishak selaku ketua Pemuda UMNO cawangan Desa Satu yang pertama disusuli oleh Saudari Rosliza Ghani selaku ketua Puteri UMNO cawangan Desa Satu yang pertama. Mereka ini adalah teraju pertama dalam sejarah penubuhan cawangan UMNO Desa Satu dan bakal menjadi benteng UMNO bahagian Subang bagi satu penggal sehingga ke Pilihanraya akan datang.

Kami daripada semua unit AJK Gagasan Pemuda Ehsan mengucapkan sejuta tahniah kepada semua yang terpilih pada hari tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' IR Muhammad Bushro Bin Mat Johor kerana sudi merasmikan mesyuarat tersebut. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras kami iaitu Cikgu Suhaimi Dahman kerna turut sudi turun padang mewakili Gagasan Pemuda Ehsan sebagai pemerhati. Kami juga gembira kerana Saudara Zamri Ishak yang juga merupakan AJK Gagasan Pemuda Ehsan, telah menang tanpa bertanding selaku ketua Pemuda UMNO cawangan Desa Satu yang rasmi. TAHNIAH SEMUA!!!

Gagasan Pemuda Ehsan.

Read More »»

22 Dis 2008

GILA DEMONSTRASI – KPN

. 22 Dis 2008
0 comments

Oleh SHARILFUDDIN SAARI

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kumpulan yang sering melakukan demonstrasi jalanan termasuk memperalatkan kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bertapak di negara ini kerana mereka akan melahirkan generasi pemberontak yang membahayakan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi, kumpulan itu sebenarnya golongan democraze iaitu gila melakukan demonstrasi.
Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.
Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.
“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze... kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.
“Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya komuniti beruniform anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur, Noorsiah Sabri.
Musa mengulas tindakan sebuah kumpulan tidak berdaftar yang menggelar diri sebagai Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menggunakan remaja dan kanak-kanak untuk menyertai kempen berbasikal anjuran mereka bermula 3 Disember lalu.
Kemuncak kempen tersebut ialah menyerahkan memorandum mengandungi enam tuntutan kepada kerajaan dan pembangkang di Parlimen pada 18 Disember lalu.
Selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya menegaskan, polis mungkin bertindak terhadap ibu bapa remaja bawah 18 tahun yang memberi kebenaran anak mereka menyertai kempen berbasikal anjuran Jerit itu.
Dalam pada itu, Musa mendedahkan terdapat individu tertentu daripada pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan kumpulan democraze ini.
“Perkara ini merosakkan negara, apabila sampai kanak-kanak diperalat, saya tidak akan benarkan ini berterusan,” katanya.
Sambil mengingatkan bahawa polis akan menghalang sebarang cubaan merosakkan negara, beliau berkata, polis tidak teragak-agak bertindak mengikut peruntukan undang-undang terhadap kumpulan democraze.
Ditanya tindakan Majlis Peguam mempersoalkan tindakan polis menghalang kempen berbasikal anjuran Jerit baru-baru ini, Musa berkata, majlis itu berat sebelah dalam hal ini dan mentafsirkan undang-undang demi kepentingan mereka.
“Ini tidak betul, jika hendak jadi orang politik, masuk saja bidang politik, kalau tidak janganlah campuri urusan politik.
“Saya rasa jelas Majlis Peguam berpihak kepada siapa,” ujar beliau.
Menjawab soalan, beliau berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan kumpulan Jerit mempunyai kaitan dengan pertubuhan Hindraf yang diharamkan pada Oktober lalu.
-
-
-
GPE - fitrah sebagai manusia........ selalunya kita berbeza pandangan dan berbeza ideologi kerana kita selalunya berfikir berdasarkan asas pengalaman kehidupan peribadi masing-masing dan ilmu yang sedikit di dalam diri sendiri..... maka dengan itu terjadilah perbalahan, tegur menegur, marah memarahi, ketidakpuasan hati dan sebagainya dalam memperjuangkan "siapa betul siapa salah" tanpa memperdulikan kesan berbalik terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam dunia moden sekarang, perkara ini menjadi budaya yang sungguh terkenal dan amat di sukai ramai serta di anggap betul oleh semua orang yang pada zahirnya di lihat sebagai manusia yang berakal pendek dan singkat. Mereka berhimpun beramai-ramai dan membuat kecoh sambil melaung-laungkan pelbagai slogan bagi meluahkan perasaan mereka yang mereka anggap betul dan benar. Kesan daripada tindakan mereka ini menjadikan keadaan sekeliling menjadi kelam kabut, kecoh dan amat mudah mengundang bahaya. Tindakan ini di gelar demonstrasi ganas. Ini merupakan jalan mudah dan jalan kurang bijak serta dilihat sebagai provokasi murahan yang terbukti menjadikan sesebuah negara dan bangsa itu jatuh ke lembah yang hina. Dan sesungguhnya, terdapat pelbagai jalan yang lebih bijak, lebih efektif, lebih mulia dan lebih aman dalam mempejuangkan sesuatu perkara. Antara contohnya ialah
  • menggunakan semua media yang tercipta seperti internet, surat khabar atau television.
  • membuat surat bantahan terus ke sasaran utama tanpa perlu membuat kecoh.
  • membuat persatuan, kesatuan, NGO dan pelbagai format pergabungan manusia.
  • dan bermacam-macam cara lagi.

Berubah menjadi lebih baik sebenarnya agak sukar namun sesungguhnya kita mampu dalam merubah diri kita serta masyarakat jika kita mahu. Tepuk dada tanya selera!!!

Read More »»

17 Dis 2008

TONJOL ISU 'HANTU'

. 17 Dis 2008
0 comments


SHAH ALAM 16 Dis. – Parti pembangkang dijangka memainkan isu-isu ‘hantu’ iaitu isu yang tidak pernah wujud pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari depan.

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan itu berikutan pelbagai keputusan kerajaan kebelakangan ini membuatkan mereka kehabisan modal untuk berkempen.

“Isunya tidak ada, tapi mereka mencipta isu ‘hantu’ kerana kerajaan telah bertindak dengan baik termasuk menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali sehingga lebih rendah daripada harga asal.

“Saya rasa mereka juga terkapai-kapai kerana kerajaan sudah membayar royalti minyak tambahan sebanyak RM400 juta kepada Terengganu... jadi mulalah pembangkang fikir duit itu sepatutnya digunakan untuk basmi kemiskinan sedangkan ia memang dalam perancangan kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan pembangkang yang mencipta isu ‘hantu’ bukan perkara yang mengejutkan kerana mereka telah lama memutarbelitkan fakta sehingga rakyat mempercayai perkara yang tidak pernah wujud. - Utusan

p/s: siap sedia Pemuda.. kita gempur KT, pastikan kemenangan menjadi milik UMNO.

Read More »»

10 Dis 2008

NAK KELUAR...KELUARLAH...

. 10 Dis 2008
0 comments

Isu-isu sensitif yang dibangkitkan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) turut jadi tumpuan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bersidang lebih tiga jam petang Selasa.


Isu Ketuanan Melayu yang disentuh oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengundang reaksi yang agak keras dariapda kalangan pemipin UMNO termasuk dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat oleh beberapa Ahli Parlimen BN sendiri seperti Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz, Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.

Walaupun Chua menyalahkan ucapannya telah disalahtafsir tetapi isu berkenaan menjadi perdebatan hangat di media. Malah, sudah timbul satua andaian betapa hak orang Melayu dan kedudukan Bumiputera semakin dipersoalkan.

Selain itu, mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga menarik untuk diikuti kerana ada tuntutan kalangan pemimpin UMNO agar BN mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lai Hoe ekoran kenyataannya yang dikatakan menyifatkan orang Melayu juga pendatang.

Suara juga diluahkan agar Soi Lek turut dikenakan tindakan kerana UMNO setelah mendapat desakan parti-parti komponen telah mengambil tindakan tegas kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Dengan itu, para pemimpin UMNO khususnya di kalangan Ketua UMNO Bahagian merasakan BN perlu berlaku adil dalam mengambil tindakan dan parti-parti komponen perlu ikhlas dalam membuat desakan.

Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon semasa isu Ahmad Ismail timbul telah mencadangkan BN mempunyai kod etika bagi membolehkan tindakan tegas kepada mana-mana ahli parti komponen yang membuat kenyataan sensitif khususnya dalam isu perkauman dikenakan tindakan tegas.

Namun apabila ia mebabitkan Ketua Wanita Gerakan sendiri, parti itu mengambil sikap mendiamkan diri sahaja dan memberikan alasan paling popular akhbar salah tafsir dan salah lapor.

Ini termasuk ancaman Parti Progresif Rakyat (PPP) untuk keluar BN sekiranya kerajaan tidak meminda atau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Terpulang kepada mereka (PPP)…jika itu keputusan mereka, apa kita boleh buat,” kata Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sambil menegaskan kerajaan tidak akan meminda akta berkenaan.

Sebelum ini Presiden PPP, Datuk M.Kayveas dilaporkan berkata, parti pimpinannya menimbangkan untuk keluar BN sekiranya kerajaan tidak meminda atau menghapuskan ISA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak hadir mesyuarat berkenaan dan hanya menghantar wakil. Selain itu, isu sensitif lain termasuk soal ketuanan Melayu yang pernah dibangkitkan pemimpin MCA dan Gerakan turut dibincangkan.

Menurut Abdullah, sebagai parti besar, BN mengamalkan siakp terbuka dan membincangkan apa juga isu dibangkitkan. “Sebagai kerajaan yang berkongsi kuasa, kita ada tanggungjawab bersama,” katanya tanpa mengulas lanjut isu-isu sensitif lain yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

sumber AgendaDaily

p/s : Ugut-ugut tak main la...

Read More »»

9 Dis 2008

SEMUA KAUM PATUT TERIMA SEKOLAH WAWASAN

. 9 Dis 2008
0 comments

Gagasan Sekolah Wawasan adalah gagasan yang besar, melangkaui kepentingan kaum dan etnik, juga melangkaui batas politik dan sosial. Bagaimanapun kegagalannya sudah mula dirasai sejak diperkenalkan lebih lima belas tahun lalu.


Bukan kerana kelemahan pengurusan pihak kementerian tetapi kerana sikap kalangan pimpinan politik yang tidak ikhlas untuk memahami keluhurannya lantas membina prasangka yang bukan-bukan serta kebimbangan yang melampaui hasrat murni kewujudannya.

Mungkin kita patut memberikannya peluang kedua, kali ini dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersikap terbuka kepada semua pihak yang terlibat.

Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berada di bawah satu 'bumbung' tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan para pelajar daripada etnik Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan.

Konsep Sekolah Wawasan bermakna dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan jenis sekolah dibina dalam kawasan yang sama dan akan berkongsi segala kemudahan asas yang disediakan seperti padang permainan, dewan, kantin, pusat sumber, makmal komputer dan sebagainya.

Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan sistem laluan berbumbung.

Pembentukan Sekolah Wawasan ini tidak sesekali bertujuan mengubah pentadbiran dan sistem pembelajaran yang asal bagi setiap sekolah. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (mempunyai autoriti untuk menguruskan peruntukan kewangan, perancangan sumber manusia dan pembangunan dan lain-lain) bagi setiap aliran.

Setiap sekolah akan mempunyai nama dan logo sekolah, lagu sekolah dan sistem peperiksaan peringkat sekolah masing-masing.

Warga Sekolah Wawasan digalakkan menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti kantin, dataran perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Lembaga Pengelola Sekolah yang sedia ada akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Walaupun menggabungkan tiga aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Wawasan tetap mempunyai pusat pentadbiran mengikut aliran masing-masing.

Terdapat tiga orang guru besar berbeza dengan kumpulan guru dan juga kakitangan pentadbir yang berasingan. Sekolah Wawasan juga tetap menghormati bahasa dan kebudayaan etnik dan budaya sekolah masing-masing. Pelaksanaan Sekolah Wawasan adalah selari dengan usaha mengekalkan identiti asal etnik di sekolah berkenaan.

Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali.

Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJK (Cina) dan SJK (Tamil). Kantin sekolah pula akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan makanan, sensitiviti semua kumpulan etnik akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah-sekolah berdasarkan nisbah murid.

Bagi aktiviti kokurikulum, meskipun setiap sekolah mempunyai aktiviti kokurikulum masing-masing, tetapi setiap sekolah digalakkan menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan bersama. Ketika aktiviti ini, setiap warga sekolah boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Malah ada ketikanya aktiviti pelajar boleh dilakukan bersama dengan setiap sekolah menghantar wakil terbaik bagi sesuatu aktiviti seperti pertandingan pidato, pertandingan bola sepak, bola keranjang dan sebagainya.

Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan Sekolah Wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Bagi menggalakkan lagi perpaduan antara pelajar, Sekolah Wawasan diseru untuk mengadakan acara tahunan secara bersama seperti temasya sukan tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan dan Hari Kantin.

Antara Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya ialah Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Star, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.

Bagaimanapun, seperti yang diketahui umum, konsep Sekolah Wawasan ini ditolak keras oleh dua gabungan persatuan Cina, Dong Jiao Zhong dan Hua Zong. Bahkan dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan bersama pemimpin persatuan ini, dilaporkan bahawa jika konsep Sekolah Wawasan dipaksakan ke atas masyarakat Cina, mereka akan membuat penentuan dalam pilihan raya ketika itu.

Isu Sekolah Wawasan dikatakan menjadi salah satu faktor penyebab kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Lunas satu masa dahulu. Bantahan ini juga mendapat sokongan padu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan.
Dong Zong ialah sebuah persatuan pendidikan Cina yang besar dan sangat berpengaruh. Jiao Zong pula ialah persatuan guru-guru, juga ditubuhkan di setiap sekolah dan didaftarkan mengikut peraturan persatuan NGO.

Kedua-dua persatuan inilah yang bertanggungjawab sebagai badan yang mengurus dan mentadbir sekolah Cina, mengutip derma, membiayai segala kemudahan dan berbincang dengan kerajaan dalam isu membabitkan pendidikan Cina.

Kedua-duanya sentiasa bekerjasama. Jadi, dalam apa-apa isu pendidikan khususnya berkaitan pendidikan Cina maka persatuan ini biasanya akan bekerja dengan satu suara.

Sejak ditubuhkan, Dong Jiao Zong dianggap 'jaguh' dalam memperjuangkan hak dan kepentingan pendidikan Cina di Malaysia. Hari ini badan induk ini bertanggungjawab menyalur dana untuk membiayai 1,284 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan 60 sekolah menengah persendirian Cina, di seluruh negara.

Fungsi

Bagi setiap sekolah rendah dan menengah Cina, mereka mempunyai lembaga pengarah dan pengelola masing-masing yang ditubuhkan mengikut Akta Pendidikan Kebangsaan 1996. Tetapi lembaga Pengelola Sekolah ini hanya di sekolah Cina saja, tidak ada di sekolah Tamil atau Melayu.

Jadi, dengan adanya Sekolah Wawasan maka dikhuatiri fungsi Lembaga Pengelola Sekolah Cina akan hilang. Mungkin ia boleh terus wujud, tetapi diyakini tidak boleh berbuat apa-apa kerana perpindahan kuasa telah berlaku. Inilah yang dirisaukan oleh Persatuan Dong Jiao Zong kerana tiada jaminan atau penjelasan daripada pihak kerajaan.

Selain tentangan NGO pendidikan Cina, ada juga di kalangan tokoh akademik tempatan yang berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian dan perpaduan kaum. Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing.

Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Menurut mereka tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai. Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan pihak kerajaan terpaksa mengambil peranan untuk menjaga sekolah persendirian aliran Cina dan Tamil pula - sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain.

Satu lagi punca kegagalan Sekolah Wawasan ialah ketika ini dikatakan sekolah Cina menghadapi kekurangan guru. Kerajaan pula tidak ada rancangan untuk melatih guru Cina khusus untuk sekolah Cina dan India dengan mencukupi.

Tetapi, sekolah Melayu dikatakan mempunyai lebihan guru lepasan maktab dan universiti sehingga sukar ditempatkan di sekolah kebangsaan.

Jika Sekolah Wawasan dilaksanakan, guru Melayu yang berlebihan itu pastinya diserapkan di sekolah Cina. Ini juga menimbulkan keresahan di kalangan pimpinan masyarakat Cina yang memerlukan tambahan guru Cina di sekolah jenis kebangsaan di seluruh negara.

Jadi, secara perlahan-lahan masyarakat Cina percaya Sekolah Wawasan akan mengubah sistem sekolah Cina sekarang. Jika inilah antara punca kegagalan melaksanakan Sekolah Wawasan, jelas sekali isu hubungan etnik dalam segmen pendidikan negara adalah sangat serius dan dipenuhi dengan rasa curiga dan prasangka hinggakan idea sebaik Sekolah Wawasan pun mengalami kegagalan.

Pihak kementerian sepatutnya kembali menjayakan Sekolah Wawasan demi kelangsungan perpaduan kaum dan mewujudkan sebuah bangsa Malaysia. Kegagalan sekolah Wawasan adalah kegagalan kita semua.

Jika kita mengalah dan menarik diri maka kita akan dipersalahkan oleh generasi muda yang ingin hidup sebagai satu bangsa pada masa depan tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

sumber Utusan Online

p/s : asas perpaduan adalah pendidikan...

Read More »»