Search This Blog
DEMI MASA
Labels
- Berita GPE (1)
- Palestin (1)
- Suara GPE (2)
- Ulasan GPE (1)
Blog Archive
-
►
2008
(16)
- ► 10/19 - 10/26 (1)
- ► 11/30 - 12/07 (6)
- ► 12/07 - 12/14 (4)
- ► 12/14 - 12/21 (1)
- ► 12/21 - 12/28 (2)
- ► 12/28 - 01/04 (2)
-
▼
2009
(18)
- ► 01/04 - 01/11 (2)
- ► 01/25 - 02/01 (1)
- ► 02/01 - 02/08 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (1)
- ► 03/22 - 03/29 (1)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 04/05 - 04/12 (4)
- ► 05/10 - 05/17 (1)
1 Jan 2009
SELAMAT MEYAMBUT MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU MASEHI !!
Labels: Suara GPE30 Dis 2008
PENYANGAK, PENGGANAS DAN PENCEROBOH YANG ANGKUH
Labels: Suara GPE
Sejak dari tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, maka sehingga ke hari ini, rejim pengganas dunia moden, Israel@Zionis terus mengganas menghirup darah rakyat Palestin.
Kini, sempena menyambut Maal Hijrah 1430, rakyat Palestin yang berlindung di Gaza menyambut kedatangan tahun baru ini dengan darah lantaran menjadi sasaran serangan bertalu-talu daripada pengganas antarabangsa itu.
Sehingga ke hari ini, ratusan mangsa telah kehilangan nyawa, kebanyakkannya adalah orang awam. Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak serta warga tua yang tidak berdaya turut menjadi mangsa peluru jet-jet pejuang Israel yang tidak mengenal mangsa.
Apa yang pasti, sekali lagi dan seperti biasanya, Israel terus menjadikan HAMAS sebagai alasan untuk menceroboh, menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang berlindung di sempadan Gaza.
Seperti mana sebelum ini, Israel menyerang Lebanon atas alasan penangkapan salah seorang anggota tenteranya, begitu juga dengan serangan di Gaza yang menjadikan HAMAS sebagai alasan untuk serangan tersebut.
Sebagai umat Islam, kita patut merasa sedih dan merintih melihatkan nasib umat Islam di Palestin, namun apakah cukup dengan rintihan kesedihan sebagai luahan simpati kepada nasib umat Islam di sana?
Lebih malang lagi, apabila ada di antara negara-negara Islam, yang mempunyai kekuatan untuk membantu dan menghalang serangan Israel terus mendiamkan diri, seolah-olah sikap seorang pengecut yang buta, tuli dan bisu!
Umat Islam hari ini, perlu bersatu suara menentang pencerobohan dan tindakan ganas rejim ini. Cukuplah hampir 60 tahun umat Islam di Palestin di bantai dan dibunuh oleh rejim tersebut.
Sebenarnya, usaha untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana sudah jelas, bahawa rejim pengganas antarabangsa itu sesekali tidak akan berdamai, sehingga keseluruhan tanah Palestin itu menjadi hak milik mereka.
Negara Islam, terutama OIC perlu menyeru ke arah satu tindakan yang lebih tegas, kerana usaha mengadakan rundingan atau perjanjian damai itu hanya sekadar satu retorik semata-mata untuk melengah-lengahkan tindakan dunia, kerana sememangnya rejim Israel ini tidak pernah berhasrat untuk berhenti daripada membunuh rakyat di negara tersebut.
Hari ini, apabila umat Palestin dibelasah rejim Zionis, dunia Islam hanya memandang sepi terhadap tindakan rejim Israel yang ternyata di luar batasan kemanusiaan. Biarpun terdapat bantahan dari beberapa buah negara Islam, tetapi nampaknya ia tidak begitu bersungguh dan seumpama melepaskan batuk di tangga.
Umat Islam perlu memastikan, suara mereka didengari oleh masyarakat dunia, supaya episod penyembelihan umat Islam dan rakyat Palestin tidak berulang kembali di abad moden ini, sepertimana yang dilakukan oleh rejim primitif yang tidak tahu erti perdamaian dan persabahatan itu, seperti mana yang telah mereka lakukan pada tragedi Shabra Shatilla dan Deir Yaseer.
Hari ini sebenarnya, tindakan tegas seperti bantuan ketenteraan perlu diambil terhadap negara yang paling biadap di dunia itu. Sepertimana di Indonesia, beberapa buah kumpulan pembela Islam sudahpun mengumpul dan membiayai beberapa ribu sukarelawan untuk dihantar berjuang membantu pejuang-pejuang Palestin menghadapi rejim Israel yang didukung penuh oleh AS.
Tidak ada lagi tolak ansur. Tidak ada lagi cerita tentang perdamaian, kerana bagi rejim tersebut, perkataan damai tidak pernah wujud di dalam kamus hidup mereka. Bahkan usah terpengaruh dengan propaganda mereka yang menggelarkan pejuang Palestin dan umat Islam sebagai terrorist atau militan, kerana sememangnya itulah perangai penyangak, penceroboh dan pengganas dunia yang mahu mengalihkan gelaran itu kepada golongan yang mempertahankan tanahair mereka.
Di sini, saya ingin memetik tulisan dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia yang berbicara tentang perihal pengganas antarabangsa ini.
Perasaan Awang berbaur sedih dan marah dengan keganasan terbaru Israel yang telah mengorbankan lebih 310 rakyat Palestin.
Ketika umat Islam dunia menyambut Maal Hijrah dengan aman, rakyat Palestin terus menjadi mangsa kezaliman zionis.
Perkembangan terbaru ini menuntut pendekatan lebih keras bagi menangani Israel dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) yang sentiasa melindungi negara tersebut. Kita tidak boleh lagi banyak bercakap, merintih dan kelihatan mengalah seolah-olah sudah begitu takdir Palestin.
Semua pihak perlu bangkit menentang kedua-dua negara itu yang sebenarnya merupakan paksi kejahatan dunia.
Ratusan juta warga dunia terutama umat Islam boleh menghantar sebanyak mungkin e-mel bantahan biar sampai terkandas rangkaian Internet pihak tertentu di AS. Umat Islam juga boleh mula memboikot produk Israel dan AS termasuk filem. Individu Islam yang kaya tidak sewajarnya lagi menyimpan wang di bank-bank AS.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan. Malah jika perlu kita menyokong tindak balas kumpulan militan Islam selepas ini, biarpun itu akan ditafsir sebagai keganasan. Peduli apa...
Awang – Masa untuk bertindak.
-Hafiz Hamzah-
p/s : Selamat menyambut Maal Hijrah 1430...
26 Dis 2008
MAJLIS PERASMIAN UMNO CAWANGAN DESA SATU, AMAN PURI, KEPONG.
Labels: Berita GPE


Gagasan Pemuda Ehsan.
22 Dis 2008
GILA DEMONSTRASI – KPN
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kumpulan yang sering melakukan demonstrasi jalanan termasuk memperalatkan kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bertapak di negara ini kerana mereka akan melahirkan generasi pemberontak yang membahayakan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi, kumpulan itu sebenarnya golongan democraze iaitu gila melakukan demonstrasi.
Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.
Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.
“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze... kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.
“Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya komuniti beruniform anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur, Noorsiah Sabri.
Musa mengulas tindakan sebuah kumpulan tidak berdaftar yang menggelar diri sebagai Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menggunakan remaja dan kanak-kanak untuk menyertai kempen berbasikal anjuran mereka bermula 3 Disember lalu.
Kemuncak kempen tersebut ialah menyerahkan memorandum mengandungi enam tuntutan kepada kerajaan dan pembangkang di Parlimen pada 18 Disember lalu.
Selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya menegaskan, polis mungkin bertindak terhadap ibu bapa remaja bawah 18 tahun yang memberi kebenaran anak mereka menyertai kempen berbasikal anjuran Jerit itu.
Dalam pada itu, Musa mendedahkan terdapat individu tertentu daripada pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan kumpulan democraze ini.
“Perkara ini merosakkan negara, apabila sampai kanak-kanak diperalat, saya tidak akan benarkan ini berterusan,” katanya.
Sambil mengingatkan bahawa polis akan menghalang sebarang cubaan merosakkan negara, beliau berkata, polis tidak teragak-agak bertindak mengikut peruntukan undang-undang terhadap kumpulan democraze.
Ditanya tindakan Majlis Peguam mempersoalkan tindakan polis menghalang kempen berbasikal anjuran Jerit baru-baru ini, Musa berkata, majlis itu berat sebelah dalam hal ini dan mentafsirkan undang-undang demi kepentingan mereka.
“Ini tidak betul, jika hendak jadi orang politik, masuk saja bidang politik, kalau tidak janganlah campuri urusan politik.
“Saya rasa jelas Majlis Peguam berpihak kepada siapa,” ujar beliau.
Menjawab soalan, beliau berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan kumpulan Jerit mempunyai kaitan dengan pertubuhan Hindraf yang diharamkan pada Oktober lalu.
- menggunakan semua media yang tercipta seperti internet, surat khabar atau television.
- membuat surat bantahan terus ke sasaran utama tanpa perlu membuat kecoh.
- membuat persatuan, kesatuan, NGO dan pelbagai format pergabungan manusia.
- dan bermacam-macam cara lagi.
Berubah menjadi lebih baik sebenarnya agak sukar namun sesungguhnya kita mampu dalam merubah diri kita serta masyarakat jika kita mahu. Tepuk dada tanya selera!!!
Read More »»17 Dis 2008
TONJOL ISU 'HANTU'
SHAH ALAM 16 Dis. – Parti pembangkang dijangka memainkan isu-isu ‘hantu’ iaitu isu yang tidak pernah wujud pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari depan.
Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan itu berikutan pelbagai keputusan kerajaan kebelakangan ini membuatkan mereka kehabisan modal untuk berkempen.
“Isunya tidak ada, tapi mereka mencipta isu ‘hantu’ kerana kerajaan telah bertindak dengan baik termasuk menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali sehingga lebih rendah daripada harga asal.
“Saya rasa mereka juga terkapai-kapai kerana kerajaan sudah membayar royalti minyak tambahan sebanyak RM400 juta kepada Terengganu... jadi mulalah pembangkang fikir duit itu sepatutnya digunakan untuk basmi kemiskinan sedangkan ia memang dalam perancangan kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan pembangkang yang mencipta isu ‘hantu’ bukan perkara yang mengejutkan kerana mereka telah lama memutarbelitkan fakta sehingga rakyat mempercayai perkara yang tidak pernah wujud. - Utusan
p/s: siap sedia Pemuda.. kita gempur KT, pastikan kemenangan menjadi milik UMNO.
GAGASAN PEMUDA EHSAN
- GPE
- Gabungan 11 Pemuda UMNO Cawangan dibawah satu matlamat dan satu perjuangan
My Blog List
-
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP - SHAH ALAM - Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh tepat apabila lekuk graf jangkitan Covid-19 mula melandai dalam masa beberapa hari s...5 tahun yang lalu
-
Just an amusing observation.. - Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc. Students in B class, studied Commerce, be...7 tahun yang lalu
-
jardins, les vrais et les autres - Livre En Ligne Pdf Gratuit jardins, les vrais et les autres, Comment Telecharger Gratuitement Des Livres jardins, les vrais et les autres, Telecharger Iboo...8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni - Oleh *HARIS ZALKAPLI* Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...10 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...12 tahun yang lalu
-
UMNO dan PAS mesti dileburkan. Ke Arah Politik baru. - Jika UMNO akan dileburkan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjadi BN atau The Nationalist; maka PAS juga mesti diakhiri. PAS boleh dianjakkan menjadi suatu g...12 tahun yang lalu
-
Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung - Oleh Mazlan Nordin KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Duni...14 tahun yang lalu
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU - KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada p...14 tahun yang lalu
-
Karnival Jom Pancing Pemuda TKP2 2011 - Pergerakan Pemuda UMNO TKP2, dalam usaha untuk mencari dana dan sumber kewangan telah merancang untuk mengadakan satu pertandingan memancing terbuka. Berd...15 tahun yang lalu
-
-
PERBAHASAN ILMIAH ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN UNTUK SELESAIKAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH - Isu penggunaan nama Allah kini terus hangat menjadi perbualan rakyat di negara di kedai-kedai kopi, restoran, masjid dan pastinya di gereja-gereja. Apatah ...16 tahun yang lalu
-
Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009 - Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4 *‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, da...17 tahun yang lalu
-
BPN DITENTANG HEBAT !!! - Salam... Salam hormat... Sebelum saya mengulas tajuk ini dengan panjang lebar, saya harap Yang di-Pertua Bloggers Pembela Negara (BPN) mengizinkan saya unt...17 tahun yang lalu
-
MBI roboh plak pokok demokrasi - IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati perist...17 tahun yang lalu
-
-
-
-


