Sejak dari tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, maka sehingga ke hari ini, rejim pengganas dunia moden, Israel@Zionis terus mengganas menghirup darah rakyat Palestin.
Kini, sempena menyambut Maal Hijrah 1430, rakyat Palestin yang berlindung di Gaza menyambut kedatangan tahun baru ini dengan darah lantaran menjadi sasaran serangan bertalu-talu daripada pengganas antarabangsa itu.
Sehingga ke hari ini, ratusan mangsa telah kehilangan nyawa, kebanyakkannya adalah orang awam. Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak serta warga tua yang tidak berdaya turut menjadi mangsa peluru jet-jet pejuang Israel yang tidak mengenal mangsa.
Apa yang pasti, sekali lagi dan seperti biasanya, Israel terus menjadikan HAMAS sebagai alasan untuk menceroboh, menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang berlindung di sempadan Gaza.
Seperti mana sebelum ini, Israel menyerang Lebanon atas alasan penangkapan salah seorang anggota tenteranya, begitu juga dengan serangan di Gaza yang menjadikan HAMAS sebagai alasan untuk serangan tersebut.
Sebagai umat Islam, kita patut merasa sedih dan merintih melihatkan nasib umat Islam di Palestin, namun apakah cukup dengan rintihan kesedihan sebagai luahan simpati kepada nasib umat Islam di sana?
Lebih malang lagi, apabila ada di antara negara-negara Islam, yang mempunyai kekuatan untuk membantu dan menghalang serangan Israel terus mendiamkan diri, seolah-olah sikap seorang pengecut yang buta, tuli dan bisu!
Umat Islam hari ini, perlu bersatu suara menentang pencerobohan dan tindakan ganas rejim ini. Cukuplah hampir 60 tahun umat Islam di Palestin di bantai dan dibunuh oleh rejim tersebut.
Sebenarnya, usaha untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana sudah jelas, bahawa rejim pengganas antarabangsa itu sesekali tidak akan berdamai, sehingga keseluruhan tanah Palestin itu menjadi hak milik mereka.
Negara Islam, terutama OIC perlu menyeru ke arah satu tindakan yang lebih tegas, kerana usaha mengadakan rundingan atau perjanjian damai itu hanya sekadar satu retorik semata-mata untuk melengah-lengahkan tindakan dunia, kerana sememangnya rejim Israel ini tidak pernah berhasrat untuk berhenti daripada membunuh rakyat di negara tersebut.
Hari ini, apabila umat Palestin dibelasah rejim Zionis, dunia Islam hanya memandang sepi terhadap tindakan rejim Israel yang ternyata di luar batasan kemanusiaan. Biarpun terdapat bantahan dari beberapa buah negara Islam, tetapi nampaknya ia tidak begitu bersungguh dan seumpama melepaskan batuk di tangga.
Umat Islam perlu memastikan, suara mereka didengari oleh masyarakat dunia, supaya episod penyembelihan umat Islam dan rakyat Palestin tidak berulang kembali di abad moden ini, sepertimana yang dilakukan oleh rejim primitif yang tidak tahu erti perdamaian dan persabahatan itu, seperti mana yang telah mereka lakukan pada tragedi Shabra Shatilla dan Deir Yaseer.
Hari ini sebenarnya, tindakan tegas seperti bantuan ketenteraan perlu diambil terhadap negara yang paling biadap di dunia itu. Sepertimana di Indonesia, beberapa buah kumpulan pembela Islam sudahpun mengumpul dan membiayai beberapa ribu sukarelawan untuk dihantar berjuang membantu pejuang-pejuang Palestin menghadapi rejim Israel yang didukung penuh oleh AS.
Tidak ada lagi tolak ansur. Tidak ada lagi cerita tentang perdamaian, kerana bagi rejim tersebut, perkataan damai tidak pernah wujud di dalam kamus hidup mereka. Bahkan usah terpengaruh dengan propaganda mereka yang menggelarkan pejuang Palestin dan umat Islam sebagai terrorist atau militan, kerana sememangnya itulah perangai penyangak, penceroboh dan pengganas dunia yang mahu mengalihkan gelaran itu kepada golongan yang mempertahankan tanahair mereka.
Di sini, saya ingin memetik tulisan dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia yang berbicara tentang perihal pengganas antarabangsa ini.
Perasaan Awang berbaur sedih dan marah dengan keganasan terbaru Israel yang telah mengorbankan lebih 310 rakyat Palestin.
Ketika umat Islam dunia menyambut Maal Hijrah dengan aman, rakyat Palestin terus menjadi mangsa kezaliman zionis.
Perkembangan terbaru ini menuntut pendekatan lebih keras bagi menangani Israel dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) yang sentiasa melindungi negara tersebut. Kita tidak boleh lagi banyak bercakap, merintih dan kelihatan mengalah seolah-olah sudah begitu takdir Palestin.
Semua pihak perlu bangkit menentang kedua-dua negara itu yang sebenarnya merupakan paksi kejahatan dunia.
Ratusan juta warga dunia terutama umat Islam boleh menghantar sebanyak mungkin e-mel bantahan biar sampai terkandas rangkaian Internet pihak tertentu di AS. Umat Islam juga boleh mula memboikot produk Israel dan AS termasuk filem. Individu Islam yang kaya tidak sewajarnya lagi menyimpan wang di bank-bank AS.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan. Malah jika perlu kita menyokong tindak balas kumpulan militan Islam selepas ini, biarpun itu akan ditafsir sebagai keganasan. Peduli apa...
Awang – Masa untuk bertindak.
-Hafiz Hamzah-
p/s : Selamat menyambut Maal Hijrah 1430...
Perubahan apa Bang Non?
-
Bulan lepas China tutup lgbt centre yang terakhir di negara itu yang selama
ini menjadi rumah selamat untuk geng pelangi..dan perkahwinan sesama jenis
te...
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan