Oleh SHARILFUDDIN SAARI
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kumpulan yang sering melakukan demonstrasi jalanan termasuk memperalatkan kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bertapak di negara ini kerana mereka akan melahirkan generasi pemberontak yang membahayakan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi, kumpulan itu sebenarnya golongan democraze iaitu gila melakukan demonstrasi.
Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.
Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.
“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze... kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.
“Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya komuniti beruniform anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur, Noorsiah Sabri.
Musa mengulas tindakan sebuah kumpulan tidak berdaftar yang menggelar diri sebagai Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menggunakan remaja dan kanak-kanak untuk menyertai kempen berbasikal anjuran mereka bermula 3 Disember lalu.
Kemuncak kempen tersebut ialah menyerahkan memorandum mengandungi enam tuntutan kepada kerajaan dan pembangkang di Parlimen pada 18 Disember lalu.
Selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya menegaskan, polis mungkin bertindak terhadap ibu bapa remaja bawah 18 tahun yang memberi kebenaran anak mereka menyertai kempen berbasikal anjuran Jerit itu.
Dalam pada itu, Musa mendedahkan terdapat individu tertentu daripada pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan kumpulan democraze ini.
“Perkara ini merosakkan negara, apabila sampai kanak-kanak diperalat, saya tidak akan benarkan ini berterusan,” katanya.
Sambil mengingatkan bahawa polis akan menghalang sebarang cubaan merosakkan negara, beliau berkata, polis tidak teragak-agak bertindak mengikut peruntukan undang-undang terhadap kumpulan democraze.
Ditanya tindakan Majlis Peguam mempersoalkan tindakan polis menghalang kempen berbasikal anjuran Jerit baru-baru ini, Musa berkata, majlis itu berat sebelah dalam hal ini dan mentafsirkan undang-undang demi kepentingan mereka.
“Ini tidak betul, jika hendak jadi orang politik, masuk saja bidang politik, kalau tidak janganlah campuri urusan politik.
“Saya rasa jelas Majlis Peguam berpihak kepada siapa,” ujar beliau.
Menjawab soalan, beliau berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan kumpulan Jerit mempunyai kaitan dengan pertubuhan Hindraf yang diharamkan pada Oktober lalu.
-
-
-
GPE - fitrah sebagai manusia........ selalunya kita berbeza pandangan dan berbeza ideologi kerana kita selalunya berfikir berdasarkan asas pengalaman kehidupan peribadi masing-masing dan ilmu yang sedikit di dalam diri sendiri..... maka dengan itu terjadilah perbalahan, tegur menegur, marah memarahi, ketidakpuasan hati dan sebagainya dalam memperjuangkan "siapa betul siapa salah" tanpa memperdulikan kesan berbalik terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam dunia moden sekarang, perkara ini menjadi budaya yang sungguh terkenal dan amat di sukai ramai serta di anggap betul oleh semua orang yang pada zahirnya di lihat sebagai manusia yang berakal pendek dan singkat. Mereka berhimpun beramai-ramai dan membuat kecoh sambil melaung-laungkan pelbagai slogan bagi meluahkan perasaan mereka yang mereka anggap betul dan benar. Kesan daripada tindakan mereka ini menjadikan keadaan sekeliling menjadi kelam kabut, kecoh dan amat mudah mengundang bahaya. Tindakan ini di gelar demonstrasi ganas. Ini merupakan jalan mudah dan jalan kurang bijak serta dilihat sebagai provokasi murahan yang terbukti menjadikan sesebuah negara dan bangsa itu jatuh ke lembah yang hina. Dan sesungguhnya, terdapat pelbagai jalan yang lebih bijak, lebih efektif, lebih mulia dan lebih aman dalam mempejuangkan sesuatu perkara. Antara contohnya ialah
- menggunakan semua media yang tercipta seperti internet, surat khabar atau television.
- membuat surat bantahan terus ke sasaran utama tanpa perlu membuat kecoh.
- membuat persatuan, kesatuan, NGO dan pelbagai format pergabungan manusia.
- dan bermacam-macam cara lagi.
Berubah menjadi lebih baik sebenarnya agak sukar namun sesungguhnya kita mampu dalam merubah diri kita serta masyarakat jika kita mahu. Tepuk dada tanya selera!!!
0 comments:
Catat Ulasan